Posts

Kotak-kotak 'amal

Andai setiap jam ditandai dengan satu kotak kosong dan setiap kotak mewakili kandungan amal, rasa-rasanya sejauh manakah beratnya kandungan kebaikan yang berjaya diri ini kumpulkan waktu demi waktu? Usai solat Subuh, ada sekitar 7 kotak amal untuk diisi sebelum tibanya waktu solat Zohor. Selesai Zohor, ada sekitar 4 kotak amal untuk diisi sebelum azan Asar berkumandang. Dan berbaki siang selepas itu, mungkin tinggal 2 lagi kotak amal yang berpeluang untuk diisi sebelum langit bertukar merah dan malam mula berlabuh menandakan tibanya waktu Maghrib. Begitulah siang. Sudahkah penuh kotak-kotakku dengan amal soleh?

Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Al-'Araf, 7 : 8
Hari pembalasan, bukan sekadar hari yang diimani tanpa rasa tanggungjawab untuk berjaya menghadapinya.

"Alaa... saya bukan buat jahat. Saya tak kacau orang lain. Cukuplah saya dengan dunia saya sendiri."

Allah, tolong aku!

Terasa lumpuh seluruh badan ketika ditimpa ujian demi ujian. Dan aneh, adakalanya ujian itu yang sama berkali-kali. Dan apakah dunia ini sememangnya penjara bagi orang mukmin? Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara apakah memang sentiasa berkait dengan Dia? Apakah setiap satu yang ditempuhi adalah jalan kembali kepada Dia?
Apakah begitu? Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang membenarkan, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Al-‘Ankabut, 29:2-3 Ujian, peluang untuk membuktikan apakah aku beriman. Ujian, peluang untuk membuktikan apakah aku membenarkan atau mendustakan ayat-ayatNya. Nah, terbentang lebih 6000 ayat-ayatNya di hadapanku, apakah setiap satu tel…

Izinkan aku menjadi aku

SATU

Haish, panjang queue di lane ini.
Kebiasaannya aku akan tenang-tenang saja.
Tetapi bila ada orang di sebelah yang mula rasa tak selesa.

"Ok-ok, kita tukar lane."

Isyarat kereta diberikan.
Selamat "mendarat" di lane yang lain.
Tak lama kemudian baru nampak jelas papan tanda di hadapan
Lalu orang yang di sebelah mula mendengus.

"Alaa... ni lane Tunai sekali la. Slow. Tadi dah ok Touch N Go"

Monolog dalaman : Tadi salah, ni pun salah.

***
DUA

En. Hamzah melihat dari tepi.
Hannah terus pantas menyalin segala nota dari trainer, risau seandainya manager melihatnya tidak bersungguh-sungguh.
Maryam pula jauh berbeza.
Tenang seperti biasa.
Nota dicatat sekali-sekala.
Lalu En. Hamzah datang menyapa.

"Awak dapat tangkap tak apa yang dia sampaikan?"
- "Ya, Tuan." Maryam masih tenang.

Nampak riak risau di wajah En. Hamzah. Dia lega melihat kesungguhan Hannah.

"Sekurang-kurangnya ada staf rajin yang lain boleh cover."

Selesai sesi, ke…

Sembuh

Bicara soal "healing"

Perlukan kesungguhan untuk melepaskan belief system yang lama.
Adakah aku sanggup melangkah memulakan muka surat baru.
Membenarkan QalamNya yang bertentangan dengan kefahaman minda bawah sedarku.
Mengizinkan ayat-ayatNya menjadi penawar buat penyakit di dalam dada.

Bismillah.

Aku mahu memulakan langkah maju menujuMu.
Menghancurkan segala kefahaman-kefahaman berlandaskan sangkaan manusia selama ini.
Membangun kefahaman jernih dari QalamMu.

Bukan mudah ya Allah.

Guide me through.

Aku sakit.

Kerana baru mula mempasakkan wahyu petunjukMu.

Al-Muqit

مَّن يَشْفَعْ شَفَاعَةً حَسَنَةً يَكُن لَّهُ نَصِيبٌ مِّنْهَا ۖ وَمَن يَشْفَعْ شَفَاعَةً سَيِّئَةً يَكُن لَّهُ كِفْلٌ مِّنْهَا ۗ وَكَانَ اللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُّقِيتًا ﴿٨٥

An-Nisa',4 : 85
Barangsiapa memberi pertolongan dengan pertolongan yang baik niscaya dia  akan memperoleh bahagian daripada (pahala)nya Dan barangsiapa memberi pertolongan yang buruk niscaya dia akan memikul bahagian daripada (dosa)nya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِن فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِّلسَّائِلِينَ
Fussilat, 41 : 10
Dan Dia ciptakan gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dan kemudian Dia berkahi dan Dia tentukan makanan-makanan (bagi penghuni) dalam 4 masa, memadai untuk (memenuhi keperluan) mereka yang memerlukannya. 

Allah,

Dan bertasbih semua makhlukMu
Tunduk mengharap rahmat & kasihMu.


***

Lagu Opick yg selalu terngiang-ngiang bila mood biru.
Allah, ajari aku untuk tawakal sepenuhnya kepadaMu

***

Yang belum pasti
Tetapi aku sangat-sangat mengimpikan

1) Grant utk PhD
2) Part-time with Hospital An-Nur
3) Trainer @ Akademi Sinergi Ikhlas
4) Trainer @ Amazing Students
5) Student @ Bayyinah Dream Program.

***

Dear.
Teruslah mengajar Al-Quran
Dan teruslah belajar Al-Quran.

Sedamai alam.

Bumi di sana yang dilimpahi darah, menjadi saksi kekejaman jiwa rakus manusia menindas yang lemah. Di sana, Palestin, Syria, Rohingya dan pelbagai lagi, bergelut dengan kuasa-kuasa yang tidak berperikemanusiaan. Sejenak mendongak ke langit, sekawanan burung masih damai berterbangan. Di langit sana dan di langit sini, air hujan masih akur turun menghadirkan rahmat. Di tanah sana dan di tanah sini, pepohonan masih tumbuh subur, memberikan bekalan  buat manusia. Tidakkah kamu memerhatikan bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan hak? Jika Dia menghendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu), dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah. Ibrahim, 14 : 19-20 Damainya alam bila semuanya mengikut aturan Ar-Rahman. Di bumi yang sedang bergolak dengan kerakusan manusia, alam tetap taat dengan aturanNya. Bumi yang mengelilingi matahari, taat mengikut orbitnya tanpa perlanggaran dengan yang lain. Lautan yang lua…